2012年8月20日星期一

Pengenalan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS)

Pengenalan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS)

Pengenalan

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.


Bilik BOSS SJK C PAY FONG 3

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah telah merancang dan menguruskan bilik BOSS dengan efisien. Bilik BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah telah menyediakan bilik BOSS di tingkat bawah Bangunan A yang mempunyai keluasan 30 kaki X 25 kaki .

没有评论:

发表评论